Friday, December 31, 2010

x sambut New Year kat IBM buat pertama kali nye..ahaha

11.42 p.m
depan tb tgk Ong Bak kat astro Prima
baru lepas mandi..still terpisat2 sbb ketiduran td..
dr td dok pk nak post ape since dah lame x bercerita

Klu ikutkan..every year aku akan celebrate New Year kat IBM
Tp dis year different..sume nye sebab AFF Suzuki Cup 2010...
pergh memang terbaik...tiap kali kedengaran name Cup ni..
aku meremang..seyes..x tipu..meremang gile2..dan aku bangga jadi rakyat M'sia

Since last 2 years plus..sejak memperhambakan diri kat IBM..
norma keje adalah tiap kali ujung bulan ( last day of the month)
aku kene stay IBM tuk urgent request or on stand by mode tuk last minute transaction..
mmg xde keje sgt..tp kene stand by..
dan dah 2 tahun berturut2 aku tgk bunga api kat IBM..
yg best nye..x yah nak menghadapi jammed sume semata2 nak tgk firework
kat IBM..bunge api tu letop2 depan mate...sume tempat plak tu leh nampak..
sbb tgk kat tingkat 19..ahaha..dan sgt chantek..
aku syukur gile keje IBM ni..
byk benefit tanpa disedari

Tapi di sebabkan M'sia Juara AFF Suzuki Cup ni
kiterog dah close most of the deal yesterday nite
even arini aku kene keje di kala org lain gembira bercuti sakan
merayakan kemenangan Malaysia..
aku gembira jer keje sbb dpt replacement nnt..
so...nothing to lose..lagipun aku x suke org ramai ni
SEMAK..ahaha

tepat kol 12 mlm

aku baru lepas tgk firework dr uma aku
uma aku tingkat 4..leh nampak sume firework all da way from port klang to shah alam
x yah turun padang nak celebrate bagai..wat penat jer..hu3






Thursday, December 16, 2010

Hari Assyura

Cik Yam terbace satu post kat FB oleh ex housemate cik yam semalam berkenaan Hari Assyura.. Normally, asal sebut Hari Assyura..dah terbayang dah bubur Asyura kan..aha...



Tapi anda tahu ganjaran2 beribadah di Hari Asyura..dan kenapa ia sungguh bermakna..ikuti la cerita di bawah..sebagai pedoman bersama



Pengenalan Muharram


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Peristiwa-peristiwa penting

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan Sepanjang Bulan Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, December 7, 2010

Buku Baru..tutup kisah lame

Normally asal tahun baru jer..azam baru...asal tahun baru jer..azam baru..asal azam baru je..tahun baru..haha

Tapi tahun baru Islam slalu membawa perubahan dlm hidup kita..sebab niat kita satu..nak berhijrah pada yg lebih baik.. mcm biasa..perkara yg lepas jgn dikenang..kite bukak buku baru

Alhamdulillah..aku pon same nak berazam tuk lebih baik dlm hidup..dah x nak kuar post2 pasal cinta da..idup ni klu x pk psl cinta x leh ker?? haha..so stop it.. full stop.. I dun want to talk about love anymore.. yg penting skang ni..aku nak dekat diri ngan Allah s.w.t.

Dalam doa Akhir tahun yg aku bace smlm, fadilat nya berbunyi..

Maka barangsiapa membaca doa2 ini drpd waktu yg telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia2 lah pekerjaanku mengridu (mengridu?? ontah la..penat aku ngeja jawi ni) anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sbb membaca doa2 ini. Maka diampuni Allah Taala sekalian dosanya yg setahun ini.

Amin ya Rabbal A'lamin..

Aku baca doa tu byk kali even di suruh baca 3 kali sebelum masuk maghrib...bukan ape..takut tersalah bacaan ker..doa x diterima ke..aku bace tol2.. smpi puas hati.. harap2 segala amalan aku diterima Allah s.w.t dan segala dosa2 aku dpt diampunkan.. nape aku x tulis terjemahan doa tu?? sbb org len dok sibuk bagi terjemahan..aku bg fadhilat jer la..

Pastu fadhilat tuk Doa Awal tahun:-

Dan barangsiapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanahlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan..

Amin ya Rabbal A'lamin..

Doa ni pon aku bace smpi aku puas ati wlupn seeloknya di bace 3 kali sahaja..supaya..tahun baru ni..aku sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t.. amin..

Aku nak berubah..x nak pk psl cinta dah..sume tu aku serah bulat2 pada Allah s.w.t.. ya org akan kate..mmg la itu sume keje tuhan..kite ni kene berusaha..betul..aku bersetuju..tp penyakit aku..klu suke org tu..aku suke bebenor..hampir2 lupe tuhan..bukan lupe tuhan..tapi ingatan pada org yg aku suke lebih drp igt pd tuhan..kan x elok tu..

Alhamdulillah.. Allah s.w.t masih beri aku peluang tuk kembali..kembali tuk dekatkan diri pada nya..aku sgt bersyukur pada nya.. so aku berazam..dalam ape jua aku lakukan..hanya kerna Allah s.w.t..

InsyaAllah..setiap pagi aku akan baca surah Waqiah..elok tuk murah rezeki..bila malam..aku akan mengaji tuk 2 buah cerita... InsyaAllah..aku akan share terjemahan bacaan Al-Quran yg aku bace..bermula hari ini..moga2 amalan aku ini istiqamah..baik tuk diri aku ngan org lain..bukan bermegah, riak ataw takbur..tapi tuk kongsi bersama maksud di sebalik isi Al-Quran..sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah s.w.t, yg jahat tu dtg dari diri aku sendiri..Niat ku hanya satu..hanya kerana Allah s.w.t.. amin..

Surah Al Nisa (ayat 135 - 162)

1) Keharusan berlaku adil. (135- 136)
- Ayat ini menekankan seseorg itu seharusnya berlaku adil tidak kira ke atas org kaya ataw miskin, tidak mengikut hawa nafsu dan memutar belitkan keadaan. Sesungguhnya kita perlu menjadi saksi dan penegak keadilan tuk diri sendiri ataw ibu bapa dan kaum kerabat.
- Maka, kita perlu beriman pada Allah, Rasul dan kitabnya, jika tidak..kita akan tersesat jauh.

2) Beberapa kejelekan org munafik (137 - 147)
- Ayat ini pula menekankan org yg kejap beriman, kejap kafir, pastu beriman balik, pastu kafir balik seolah2 mempermainkan Islam, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak ditunjukkan jalan yg lurus.
- Mereka akan di beri siksaan yg pedih bg mereka yg meminta pertolongan dr org kafir. Sesungguhnya kekuatan milik Allah swt, bukan org kafir
-Apabila mendengar org kafir memperolok2kan ayat Al- Quran, jgn la kita bersama mereka.kerana Allah akan mengumpulkan org yg munafik dan kafir dlm Neraka Jahanam.
-Ada yg diantara menunggu samaada kita (mukmin) menang ataw kafir yg menang.. Jika kita menang, Allah telah menjanjikan tuk turut berperang bersama2 kita. Jika kafir menang, hanya Allah yg berkuasa di hari kiamat nnt. Allah s.w.t tidak akan sekali2 membiarkan kafir memusnahkan kita.
-Munafik itu menipu Allah -> Allah akan memberi pembalasan neraka buat mereka. Klu bersolat, org munafik ni hanya sekadar menunjuk2 di dalam masyarakat. Mereka juga confuse, same ada dorg ni org islam ke kafir.
- As conclusion, jgn la berkawan dengan mereka ini. Balasan neraka pd bahagian plg bawah bg mereka, dan tiada siapa yg boleh menolong mereka kecuali bagi mereka yg bertaubat dan berpegang teguh pada agama. Allah x kan menyiksa hambanya yg bersyukur dan beriman.

3) Larangan melontarkan ucapan2 buruk pada seseorg (148 - 149)
- Allah tidak suke org yg suke memaki, mencela, memburuk2kan org len kecuali dlm kes2 mahkamah jika perlu berbuat demikian. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

4)Akibat kekafiran dan buah keimanan. (150-152)
- Ayat ini menekankan pasal mereka yg suke membezakan keimanan mereka ke atas Allah dan rasul2nya..cth..beriman dgn Allah tp tidak pada rasulnya ataw hanya rasul2 tertentu shaja.. Mereka ini adalah org kafir sebenarnya.
- org beriman tidak akan membeza2kan Allah dan para rasulnya.

KESATUAN AGAMA ALLAH
1) Pembalasan Allah terhadap pelanggaran2 org2 yahudi (153-162)
-Ayat ini menekankan pasal org yahudi yg memperolok2kan kekuasaan Allah..mukjizat2 Allah seperti mukjizat Nabi Musa, mukjizat nabi Isa..Kesannya, Allah telah menutupkan ati mereka dr dpt beriman. Seperti yg dijanjikan, Nabi Isa akan diturunkan pada hari kiamat sbg saksi terhadap mereka
- Ayat ini menekan kan org yahudi adalah org yg memakan riba, memakan mende haram dan memakan harta org
-manakala org yg beriman adalah org yg mendirikan solat, menunaikan zakat, beriman pada Allah dan hari kiamat. Org2 ini akan dibalas balasan pahala yg besar.

Okeyh..sekian tazkirah tuk hari ini.. InsyaAllah esok bersambung dengan cerita seterusnya.



Friday, December 3, 2010

Raffi Ahmad & Ayushita ~ Jangan Bilang Tidak


Raffi Ahmad & Ayushita ~ Jangan Bilang Tidak

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus jugakuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatikubanyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

***********************************************

sedeyh bile dgr lagu ni..
T-T
nape ntah...maybe "si Dia" x mencuba..dah ckp tidak..
bertentangan ngan lagu kat atas ni.....
tp aku hormat keputusan dia..mungkin benar x de jodoh antara kami
tp seyes...aku sayang "si Dia"..
x taw camne nak padam perasaan ini..

Wednesday, December 1, 2010

Episode 2 - Belum Edit

"Mak jgn la risau, Annuar ok jer kat sini. Nita ada kat sini, leh tgk2 kan Nuar..dah...dah selamat simen dah..cume doctor x kasi Annuar kuar hospital jer lagi..yer Mak..Nuar igt sume tu..InsyaAllah yer Mak.. ok... Assalamualaikum.."

Segera Annuar mematikan telefon bimbitnya. Hampir setengah jam bergayut dgn ibunya. Hati ibu mana x risau, anak sulung nya terlantar di Hospital, die jauh di utara, tiada siapa dapat menghantar. Sayu hati nya mendengar berita anak nya itu. Malapetaka apekah sehingga anak nya di timpa kecelakaan.

Krek...

"Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumusallam..haa..awk dah x reti nak ketuk pintu dulu? di buat nye sy tgh pakai baju ke..x malu ke?"
Derrr...baru masuk dah kene hambur...getus yam.
"Opss sori..awak ape khabar? Macam mana arini?"
"Okay je." jawab Annuar acuh x acuh..ceh! berlagak. Nyampah aku.
"Doctor cakap awak kene stay seminggu tuk sbb tiap2 ari nak wat check up."
"Seminggu?? Gile ape? Sehari pon sy rase nak mati kat sini."
" Leh jer klu nak balik. Tp kene ulang alik la. Macam mn?"
" Sy prefer nak balik. Xnak tinggal sini. Makanan x sedap."
"Haha..ok..nnt sy inform doctor. Awak ade ape2 nak pesan?"
"Xde kot.."

Tok..tok..

Terlihat kelibat gadis shantek dan pendek masuk.

"Abg ! Nape x mesej Nita awal2..Tup2 dah abis simen. Abg camne?"
"Abg ok je Nita. Abg call Nita byk kali smlm, nape x dpt?"
"Err..Nita..Nita.. x perasan. Bateri kong smlm. Balik uma lewat plak tu."
"Lewat? p mana jer smlm?" terpinga2 aku tgk drama Melayu depan mata ni.
"Nita jumpe kawan la. Ape la abg ni macam polis pencen. Ni sape ni?"

tetibe aku gugup..aku nak ckp ke..nak tunggu Annuar ckp ke.. sambil menghulurkan tangan..aku senyum

"Itu la org yg langgar Abg smlm. Cik Yam."
"Ohhhh...ko la yg langgar boyfriend aku yerk..Hei Pompuan, ko taw x siape ko langgar tu. Dia boyfriend aku k. ko jgn cari pasal nak dtg sini slalu..Yang ko terpinga2 duduk sini ape hal? ko nak ape?"

Tangan ku ditolak kasar. Agak biadap aku rase pompuan sekor ni. Ade aku kesah siape laki ko tu

"Mintak maaf Cik Nita, sy kat sini menguruskan hal perubatan En Annuar awak. x de makne nye sy nak terhegeh2 nak dtg sini ngendeng kat boyfriend awak"
"Hei..ko jage sikit mulut ko yer..dah la wat salah..x malu plak tunjuk muke kat sini."
"Cik Nita..awak yg patut jaga mulut. Sy sedar sy salah tp sy bertanggungjawab ngan ape yg berlaku.Sila jangan salah faham yer Cik Nita."
"eh...ape ni Nita. Dia handle hal hospital abg jer la."
"ala..Nita x suke dier dtg sini.Dia yg buat abg camni" Eii..gedik! nyampah aku. baik aku blah dr sini
"K En Annuar, klu x de pape..sy jumpe Doctor dulu. Ape2 hal awak liase ngan jururawat kat sini k. Awk ade kenderaan nak balik uma x nanti?"
"Eh..yg ko sibuk dier ade transport ke x nape? aku kan ade." Ehh..pompuan ni.skang ni, aku tanye ko ke??
"X..mn taw Cik Nita dtg nek bas, sy leh offer la klu2 perlu bantuan saya." Hamek ko..Sentap! Jelas di wajah Nita berubah. Belum sempat Nita bersuara, Annuar mencelah.
" x pe la wak. Sy boleh balik ngan Nita. Terima Kasih ye. Ape2 hal sy call awak nnt."
"Ok"

Saje je aku lempar senyuman manis pada Annuar. Rasekan. Nak sgt aku kacau laki ko kan..grrr...
Sempat jugak Nita menjeling. Klu aku nak cucuk bijik mata die leh x? hahaha..
ape2 jer la Nita oi..korg laki bini same jer perangai.. Dua2 aku nyampah!

*****************************

nota kaki: seyes aku nyampah watak Nita ni..bajet bagus