Friday, December 31, 2010

x sambut New Year kat IBM buat pertama kali nye..ahaha

11.42 p.m
depan tb tgk Ong Bak kat astro Prima
baru lepas mandi..still terpisat2 sbb ketiduran td..
dr td dok pk nak post ape since dah lame x bercerita

Klu ikutkan..every year aku akan celebrate New Year kat IBM
Tp dis year different..sume nye sebab AFF Suzuki Cup 2010...
pergh memang terbaik...tiap kali kedengaran name Cup ni..
aku meremang..seyes..x tipu..meremang gile2..dan aku bangga jadi rakyat M'sia

Since last 2 years plus..sejak memperhambakan diri kat IBM..
norma keje adalah tiap kali ujung bulan ( last day of the month)
aku kene stay IBM tuk urgent request or on stand by mode tuk last minute transaction..
mmg xde keje sgt..tp kene stand by..
dan dah 2 tahun berturut2 aku tgk bunga api kat IBM..
yg best nye..x yah nak menghadapi jammed sume semata2 nak tgk firework
kat IBM..bunge api tu letop2 depan mate...sume tempat plak tu leh nampak..
sbb tgk kat tingkat 19..ahaha..dan sgt chantek..
aku syukur gile keje IBM ni..
byk benefit tanpa disedari

Tapi di sebabkan M'sia Juara AFF Suzuki Cup ni
kiterog dah close most of the deal yesterday nite
even arini aku kene keje di kala org lain gembira bercuti sakan
merayakan kemenangan Malaysia..
aku gembira jer keje sbb dpt replacement nnt..
so...nothing to lose..lagipun aku x suke org ramai ni
SEMAK..ahaha

tepat kol 12 mlm

aku baru lepas tgk firework dr uma aku
uma aku tingkat 4..leh nampak sume firework all da way from port klang to shah alam
x yah turun padang nak celebrate bagai..wat penat jer..hu3






Thursday, December 16, 2010

Hari Assyura

Cik Yam terbace satu post kat FB oleh ex housemate cik yam semalam berkenaan Hari Assyura.. Normally, asal sebut Hari Assyura..dah terbayang dah bubur Asyura kan..aha...



Tapi anda tahu ganjaran2 beribadah di Hari Asyura..dan kenapa ia sungguh bermakna..ikuti la cerita di bawah..sebagai pedoman bersama



Pengenalan Muharram


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Peristiwa-peristiwa penting

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan Sepanjang Bulan Muharram

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, December 7, 2010

Buku Baru..tutup kisah lame

Normally asal tahun baru jer..azam baru...asal tahun baru jer..azam baru..asal azam baru je..tahun baru..haha

Tapi tahun baru Islam slalu membawa perubahan dlm hidup kita..sebab niat kita satu..nak berhijrah pada yg lebih baik.. mcm biasa..perkara yg lepas jgn dikenang..kite bukak buku baru

Alhamdulillah..aku pon same nak berazam tuk lebih baik dlm hidup..dah x nak kuar post2 pasal cinta da..idup ni klu x pk psl cinta x leh ker?? haha..so stop it.. full stop.. I dun want to talk about love anymore.. yg penting skang ni..aku nak dekat diri ngan Allah s.w.t.

Dalam doa Akhir tahun yg aku bace smlm, fadilat nya berbunyi..

Maka barangsiapa membaca doa2 ini drpd waktu yg telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia2 lah pekerjaanku mengridu (mengridu?? ontah la..penat aku ngeja jawi ni) anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sbb membaca doa2 ini. Maka diampuni Allah Taala sekalian dosanya yg setahun ini.

Amin ya Rabbal A'lamin..

Aku baca doa tu byk kali even di suruh baca 3 kali sebelum masuk maghrib...bukan ape..takut tersalah bacaan ker..doa x diterima ke..aku bace tol2.. smpi puas hati.. harap2 segala amalan aku diterima Allah s.w.t dan segala dosa2 aku dpt diampunkan.. nape aku x tulis terjemahan doa tu?? sbb org len dok sibuk bagi terjemahan..aku bg fadhilat jer la..

Pastu fadhilat tuk Doa Awal tahun:-

Dan barangsiapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan berkata Ia telah amanahlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada ini tahun kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan..

Amin ya Rabbal A'lamin..

Doa ni pon aku bace smpi aku puas ati wlupn seeloknya di bace 3 kali sahaja..supaya..tahun baru ni..aku sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t.. amin..

Aku nak berubah..x nak pk psl cinta dah..sume tu aku serah bulat2 pada Allah s.w.t.. ya org akan kate..mmg la itu sume keje tuhan..kite ni kene berusaha..betul..aku bersetuju..tp penyakit aku..klu suke org tu..aku suke bebenor..hampir2 lupe tuhan..bukan lupe tuhan..tapi ingatan pada org yg aku suke lebih drp igt pd tuhan..kan x elok tu..

Alhamdulillah.. Allah s.w.t masih beri aku peluang tuk kembali..kembali tuk dekatkan diri pada nya..aku sgt bersyukur pada nya.. so aku berazam..dalam ape jua aku lakukan..hanya kerna Allah s.w.t..

InsyaAllah..setiap pagi aku akan baca surah Waqiah..elok tuk murah rezeki..bila malam..aku akan mengaji tuk 2 buah cerita... InsyaAllah..aku akan share terjemahan bacaan Al-Quran yg aku bace..bermula hari ini..moga2 amalan aku ini istiqamah..baik tuk diri aku ngan org lain..bukan bermegah, riak ataw takbur..tapi tuk kongsi bersama maksud di sebalik isi Al-Quran..sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah s.w.t, yg jahat tu dtg dari diri aku sendiri..Niat ku hanya satu..hanya kerana Allah s.w.t.. amin..

Surah Al Nisa (ayat 135 - 162)

1) Keharusan berlaku adil. (135- 136)
- Ayat ini menekankan seseorg itu seharusnya berlaku adil tidak kira ke atas org kaya ataw miskin, tidak mengikut hawa nafsu dan memutar belitkan keadaan. Sesungguhnya kita perlu menjadi saksi dan penegak keadilan tuk diri sendiri ataw ibu bapa dan kaum kerabat.
- Maka, kita perlu beriman pada Allah, Rasul dan kitabnya, jika tidak..kita akan tersesat jauh.

2) Beberapa kejelekan org munafik (137 - 147)
- Ayat ini pula menekankan org yg kejap beriman, kejap kafir, pastu beriman balik, pastu kafir balik seolah2 mempermainkan Islam, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak ditunjukkan jalan yg lurus.
- Mereka akan di beri siksaan yg pedih bg mereka yg meminta pertolongan dr org kafir. Sesungguhnya kekuatan milik Allah swt, bukan org kafir
-Apabila mendengar org kafir memperolok2kan ayat Al- Quran, jgn la kita bersama mereka.kerana Allah akan mengumpulkan org yg munafik dan kafir dlm Neraka Jahanam.
-Ada yg diantara menunggu samaada kita (mukmin) menang ataw kafir yg menang.. Jika kita menang, Allah telah menjanjikan tuk turut berperang bersama2 kita. Jika kafir menang, hanya Allah yg berkuasa di hari kiamat nnt. Allah s.w.t tidak akan sekali2 membiarkan kafir memusnahkan kita.
-Munafik itu menipu Allah -> Allah akan memberi pembalasan neraka buat mereka. Klu bersolat, org munafik ni hanya sekadar menunjuk2 di dalam masyarakat. Mereka juga confuse, same ada dorg ni org islam ke kafir.
- As conclusion, jgn la berkawan dengan mereka ini. Balasan neraka pd bahagian plg bawah bg mereka, dan tiada siapa yg boleh menolong mereka kecuali bagi mereka yg bertaubat dan berpegang teguh pada agama. Allah x kan menyiksa hambanya yg bersyukur dan beriman.

3) Larangan melontarkan ucapan2 buruk pada seseorg (148 - 149)
- Allah tidak suke org yg suke memaki, mencela, memburuk2kan org len kecuali dlm kes2 mahkamah jika perlu berbuat demikian. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

4)Akibat kekafiran dan buah keimanan. (150-152)
- Ayat ini menekankan pasal mereka yg suke membezakan keimanan mereka ke atas Allah dan rasul2nya..cth..beriman dgn Allah tp tidak pada rasulnya ataw hanya rasul2 tertentu shaja.. Mereka ini adalah org kafir sebenarnya.
- org beriman tidak akan membeza2kan Allah dan para rasulnya.

KESATUAN AGAMA ALLAH
1) Pembalasan Allah terhadap pelanggaran2 org2 yahudi (153-162)
-Ayat ini menekankan pasal org yahudi yg memperolok2kan kekuasaan Allah..mukjizat2 Allah seperti mukjizat Nabi Musa, mukjizat nabi Isa..Kesannya, Allah telah menutupkan ati mereka dr dpt beriman. Seperti yg dijanjikan, Nabi Isa akan diturunkan pada hari kiamat sbg saksi terhadap mereka
- Ayat ini menekan kan org yahudi adalah org yg memakan riba, memakan mende haram dan memakan harta org
-manakala org yg beriman adalah org yg mendirikan solat, menunaikan zakat, beriman pada Allah dan hari kiamat. Org2 ini akan dibalas balasan pahala yg besar.

Okeyh..sekian tazkirah tuk hari ini.. InsyaAllah esok bersambung dengan cerita seterusnya.



Friday, December 3, 2010

Raffi Ahmad & Ayushita ~ Jangan Bilang Tidak


Raffi Ahmad & Ayushita ~ Jangan Bilang Tidak

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus jugakuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatikubanyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak

***********************************************

sedeyh bile dgr lagu ni..
T-T
nape ntah...maybe "si Dia" x mencuba..dah ckp tidak..
bertentangan ngan lagu kat atas ni.....
tp aku hormat keputusan dia..mungkin benar x de jodoh antara kami
tp seyes...aku sayang "si Dia"..
x taw camne nak padam perasaan ini..

Wednesday, December 1, 2010

Episode 2 - Belum Edit

"Mak jgn la risau, Annuar ok jer kat sini. Nita ada kat sini, leh tgk2 kan Nuar..dah...dah selamat simen dah..cume doctor x kasi Annuar kuar hospital jer lagi..yer Mak..Nuar igt sume tu..InsyaAllah yer Mak.. ok... Assalamualaikum.."

Segera Annuar mematikan telefon bimbitnya. Hampir setengah jam bergayut dgn ibunya. Hati ibu mana x risau, anak sulung nya terlantar di Hospital, die jauh di utara, tiada siapa dapat menghantar. Sayu hati nya mendengar berita anak nya itu. Malapetaka apekah sehingga anak nya di timpa kecelakaan.

Krek...

"Assalamualaikum.."
"Wa'alaikumusallam..haa..awk dah x reti nak ketuk pintu dulu? di buat nye sy tgh pakai baju ke..x malu ke?"
Derrr...baru masuk dah kene hambur...getus yam.
"Opss sori..awak ape khabar? Macam mana arini?"
"Okay je." jawab Annuar acuh x acuh..ceh! berlagak. Nyampah aku.
"Doctor cakap awak kene stay seminggu tuk sbb tiap2 ari nak wat check up."
"Seminggu?? Gile ape? Sehari pon sy rase nak mati kat sini."
" Leh jer klu nak balik. Tp kene ulang alik la. Macam mn?"
" Sy prefer nak balik. Xnak tinggal sini. Makanan x sedap."
"Haha..ok..nnt sy inform doctor. Awak ade ape2 nak pesan?"
"Xde kot.."

Tok..tok..

Terlihat kelibat gadis shantek dan pendek masuk.

"Abg ! Nape x mesej Nita awal2..Tup2 dah abis simen. Abg camne?"
"Abg ok je Nita. Abg call Nita byk kali smlm, nape x dpt?"
"Err..Nita..Nita.. x perasan. Bateri kong smlm. Balik uma lewat plak tu."
"Lewat? p mana jer smlm?" terpinga2 aku tgk drama Melayu depan mata ni.
"Nita jumpe kawan la. Ape la abg ni macam polis pencen. Ni sape ni?"

tetibe aku gugup..aku nak ckp ke..nak tunggu Annuar ckp ke.. sambil menghulurkan tangan..aku senyum

"Itu la org yg langgar Abg smlm. Cik Yam."
"Ohhhh...ko la yg langgar boyfriend aku yerk..Hei Pompuan, ko taw x siape ko langgar tu. Dia boyfriend aku k. ko jgn cari pasal nak dtg sini slalu..Yang ko terpinga2 duduk sini ape hal? ko nak ape?"

Tangan ku ditolak kasar. Agak biadap aku rase pompuan sekor ni. Ade aku kesah siape laki ko tu

"Mintak maaf Cik Nita, sy kat sini menguruskan hal perubatan En Annuar awak. x de makne nye sy nak terhegeh2 nak dtg sini ngendeng kat boyfriend awak"
"Hei..ko jage sikit mulut ko yer..dah la wat salah..x malu plak tunjuk muke kat sini."
"Cik Nita..awak yg patut jaga mulut. Sy sedar sy salah tp sy bertanggungjawab ngan ape yg berlaku.Sila jangan salah faham yer Cik Nita."
"eh...ape ni Nita. Dia handle hal hospital abg jer la."
"ala..Nita x suke dier dtg sini.Dia yg buat abg camni" Eii..gedik! nyampah aku. baik aku blah dr sini
"K En Annuar, klu x de pape..sy jumpe Doctor dulu. Ape2 hal awak liase ngan jururawat kat sini k. Awk ade kenderaan nak balik uma x nanti?"
"Eh..yg ko sibuk dier ade transport ke x nape? aku kan ade." Ehh..pompuan ni.skang ni, aku tanye ko ke??
"X..mn taw Cik Nita dtg nek bas, sy leh offer la klu2 perlu bantuan saya." Hamek ko..Sentap! Jelas di wajah Nita berubah. Belum sempat Nita bersuara, Annuar mencelah.
" x pe la wak. Sy boleh balik ngan Nita. Terima Kasih ye. Ape2 hal sy call awak nnt."
"Ok"

Saje je aku lempar senyuman manis pada Annuar. Rasekan. Nak sgt aku kacau laki ko kan..grrr...
Sempat jugak Nita menjeling. Klu aku nak cucuk bijik mata die leh x? hahaha..
ape2 jer la Nita oi..korg laki bini same jer perangai.. Dua2 aku nyampah!

*****************************

nota kaki: seyes aku nyampah watak Nita ni..bajet bagus

Monday, November 29, 2010

Episode 1 - Belum Edit agi

Ting! Pintu lift terbuka. Terlihat kelibat Husain tersengih dari dalam lift.
"Kemana?" tegurnya ramah.
"Balik la." balas ku selamba.
"Awal nya..baru pukul 5 ptg"
"Betul la ni.I balik sharp pukul 5" wajah husain masih tidak puas hati..haha..siape suruh keje lewat2.
Ting!
"K la..i balik dulu..bye."
Langkah ku pantas merentasi One World Hotel dan One Utama ke tempat letak kereta. Sesekali beberapa anak mata melihat aku. Pergh..cantik kah aku..haha..tetibe tersenyum sendirian. Mak slalu kata "Anak mak ni shantek.." dan aku sering menidakkannya. Entah kenapa. Tidak pernah rasa diri ini sempurna. Mana tidak nya, gadis seperti ku, bersuara lantang, kurang sopan,bergurau senda tanpa segan silu. Ayu? huh! jauh sekali. Sesekali, aku cuba memerhati lagak si Gadis ayu..sungguh sopan mereka. Berbaju kurung, ketawa kecil sambil menutup mulut, berkata2 bila perlu dan sentiasa tersenyum. Cantik.
"Pekene ngn kau yam, jauh panggang dari api..haha..so xyah berangan. Just be yourself." detak ati kecil ku.

Dum! pintu kereta di hempas kuat. Jam menunjukkan pukul 5.20 ptg. Laju Toyota Prius ku meluncur keluar dari OU. Lagu retro berkumandang di udara. Hmm..lagu ape ni?? haa..gatal p pasang Sinar siapa suruh. Minda ku menerawang ke tempat lain.

Umur sudah mencecah 25 tahun tapi masih keseorangan. Kadangkala, rasa cemburu menular dalam jiwa pabila sahabat lain mula mendirikan rumah tangga. Malah antara mereka sudah beranak pinak.
"Rezeki masing2 yam. Jalan hidup dah ditentukan Allah. Ini yang terbaik buat kau masa ini. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Jangan pernah merungut, berdoalah padaNya..agar dipermudahkan segala urusan." pujuk ati kecil ku skali lagi.

Sesekali wajahnya terbayang di minda. Sudah2 la yam. Jangan di kenang pada yang x sudi. Nanti memakan diri. Jauh ku renung di sebalik awan. Cantik ciptaan Tuhan. Besar nya kuasa tuhan. Sesungguh cinta Ilahi cinta sejati. Kami manusia yg sering melupakan Nya.

POOOOOONNNN!~~

Tersentak ku dr lamunan. Lampu hijau!
Kelihatan pemandu kereta blakang memaki hamun. Opsss sori...
Terus aku menekan minyak sekuat ati ku..

Tinnnnnn!
Prang~!


DAMN! Accident sudah. Ape kene ngan ko ni Yam!!!

"HOI! ko bute ke ape??!!"

Ya Allah..Ya Allah...ape ko dah buat ni yam.. Astagfirullahal azim..

"Maaf Encik..saya x sengaja.." laju langkah kakiku mendapat penunggang motorsikal. Tak pasal2 lalulintas jadi sibuk sebab aku terlanggar dia.
Oh gosh...Berdarah... mati la aku. abis remuk bahagian depan motor dia.

"Encik x apa2?" perghhh..soalan plg bodoh kuar dari mulut aku.
"Xde pape awak ckp??? Muke sy dah herot camni..kaki tangan sy berdarah camni, awak kate x de PAPE??!!"

waaaa...rase cam nak nanges da..terkebil2 aku tgk muke mamat sorg ni..pergh...mati kutu..aku nak ckp ape ni..

"Maafkan saya Encik..sy x sengaja.."
"Maaf?? awak igt ngan maaf awak tu leh betulkan moto sy tu..leh buat makan??? leh betulkan keadaan??"

garangnya die ni... dah luke2 camni masih leh laser kat aku..Penunggang len mula memberhentikan moto mereka.

"Errr..sy hantar awak p klinik?" tol ke ape aku buat ni.
"Abis moto sy ni mcm mn??"
"Ala bro..mende kecik.. lu ikut dier p klinik, moto ni boleh settle.. sebelum tu lu singgah workshop depan tu, suh org dorg amik moto lu ni betulkan kat kedai dorg. Bil suh minah ni bayar."

fuhh...lega..perlahan2 aku mengganguk kepala tanda setuju.. Dia masih mempamerkan wajah tidak puas hati. Dia cuba bangun..tp gagal. OMG. kaki dier patah ker??? Wajahnya menahan kesakitan. Segera penunggang yg lain memapahnya ke dalam keretaku.

Setelah urusan motorsikal selesai, aku bergegas ke poliklinik berhampiran.

"Macam mana doctor?"
"Awak kene bawa En Annuar pergi ke Hospital Besar ni Cik Mariam. Kaki En Annuar ni dah retak..Klu lambat, silap ari bulan boleh patah." terjojol bijik mata aku kejap. Retak?? Aku pandang Annuar, wajahnya masih berkerut menahan kesakitan.
"Erm..parah ke doktor?"
"Kaki dia cume retak sedikit. Sy percaya pihak hospital akan simen kaki En Annuar. Sy akan sediakan surat pengesahan. Nnt awak pergi ke bahagian emergency, serahkan surat tu nnt."
"Terima kasih Doc."

Berat kaki aku melangkah keluar bersama Annuar. Nak pulak dier aku pimpinkan jalan. Klu td, sepanjang perjalanan dok ngamuk2 marah kan aku. Mungkin dah kurang amarah dia.

"Awak tgk.. ape awak dah buat..cacat dah sy..x pasal2 dah susut nilai." hmmm...marah lagi dia ni..
"Sy x sengaja wak..sy x taw nape sy x nampak awak td. Tup3 jer sy dah langgar awk td."
"Awk berangan ke ape td?" GULP..sbb aku berangan la jadi camni..adush..sorry bro..wa x singaja..
"En Annuar!~" jerit jururawat tetibe. Bergegas aku ke kaunter farmasi.

"Mari wak. Saya hantar kan ke Hospital" Annuar akur dengan arahan ku.



*******************

nota kaki: nape aku rase cerita ni x gerak2 da...nnt aku polish agi..hahaha..dah lame x menulis ni

Sentap!

12.42 pm
baru lepas pekene mihun goreng
2 words --> Too oily~!
der...abis aku nye diet

status FB arini..Month End Closing..aku ngantuk wpon byk keje..
sedang enak cuci mata status org len..
mata aku terpaku pada satu post dr sahabat ku Nurul

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu


aku bace satu2 isi kandungan dier..pergh sentap!
sume tu ade pada aku...huaaa..sedeyh~~
c.i.n.t.a. d.a.l.a.m a.t.i
itu jer yg dpt aku describe tuk diri aku..
mende kat bawah ni ada dr aku tuk "si Dia"

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu..


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



Sunday, November 28, 2010

Penang

4.46p.m
nonton tb3 cerita Lagenda Macan Kemayoran. cite org indon. ala2 robin hood gitu
akhirnye..mud tuk Penang datang

bile balik opis..org akan tanye
"camne Penang?"
"Penang?? terbaekk... kesimpulan yam dpt lepas p sn, (sambil mngira ngan jari) 1)penduduk padat, 2)jalan sempit, tp still mampu wat dua lane, 3)pantai shantek 4) makanan superbbb"
haha tu la komen aku..wajah aku pon bersinar2 tiap kali ckp
kkdg..x cakap pon x pe,ekspresi muke tu yg penting
taw2 la klu aku punye muke bile berkata2..haha

Jumaat, 19hb Nov, 5 ptg
"eh u sambung, i dah lewat dah ni"
bergegas aku mengemas meja..sume keje ku serahkan kepada pembantu ku
sgt syok ade asisstant..ape2 hal klu x sempat, bg jer kat dier..haha
aku bukan kelewatan ke Penang, tp ke KLIA
dah janji nak amik "si Dia" kat airport
sesampai di sana..ku singgah ke toilet dahulu
haha..wat pe?? biase ar..org pompuan..MAKE OVER la..
secalit lipstik pink dikenakan terus bertegur sapa ngan makcik cleaner
"akak, kat mn nak amik passenger nye?"
"owh, bukan ini ti
ngkat, adik kene turun tingkat 3"
jam menunjuk kan pukul 6.30..
fuh masih sempat..flight dier pukul 7
screen jelas tertera
" Manila --> 6.50pm TIBA"
wah...dah sampai..
berdebar2 ni
tetibe3...
BB berdering..
adeh..call dr opis
time ni la korg nak cari aku kan..
sedang kelam kabut melayan kerenah opis..
ku lihat kelibat "si Dia"..
terkial2 mendail nombor..
jelas kelihatan wajahnya hampa
mana x nye..dah aku bergayut ngan org len..
berlari2 anak aku mendapat dia..
tetibe hilang dr pandangan..
argh sudah..rupe2nya die meluru ke luar pintu..
aku masih bersoal jawab di handphone
separuh tumpuan hilang kepada "si Dia"
agar aku tidak kehilangannya lagi
dr blakang aku menjerkah "si Dia"
terlupe aku masih dlm perbualan telefon..hak3..
terkejut org opis..
sengal x sengal aku ni
sesudah berbual..kami menunaikan solat maghrib dahulu
jelas terpampang di wajah nya..
wajah gembira
"fuh!! Aku sayang M'sia, yam! aku rindu M'sia. Perghh rindu gile aku kat M'sia. Aku bersyukur aku org M'sia.
Lepas ni aku nak tgk KLCC puas2"
"haha..dah kenape, x pnh p KLCC ke sebelum ni"
"siyes..aku sgt rindu M'sia"
hahaha..5 ari di Manila membuat kan diri nya serik tuk ke sana lagi.
Laju sahaja MyViolet ku meluncur ke arah Pak Li, Seksyen 7, Shah Alam..
lapar..lagipon.."si Dia" sgt rindukan mknn M'sia
sepanjang dinner..x putus2 cerita psl Manila
hari Pertama, sudah di rompak..
kesian nasib bek bawak duit sedikit, yg len tinggal kat hotel..
alhamdullilah "si Dia" selamat
sempat juga aku mengadu tragedi rempit merempit kelmarin
mcm biase..ade Ole2 tuk aku..tp sedeyh
sebab aku pecah kan ole2 tu...huaaaa...terlepas n berderai ke bawah..
2 keping lak tu patah..dua2 aku punye..haha
aku lak kasi die Kad n cookies
sempena die pulang ke M'sia
comel k cookies tu...hu3

Tepat pukul 10 mlm
slamat hantar ''si Dia" ke uma
smpi uma jer, aku terus mandi, solat isyak
pastu..kedebum! tido..aku ade 3 jam tuk tido
sebelum drive ke Penang
namun..xleh gak pejam mata..
aku tidur2 ayam

Pukul 1 pagi
Mandi skali lagi..bersiap2
setelah make sure everything in place
aku dan Mak bergegas ke kota kemuning, p ngan alin
kemudian menuju ke damansara
utk 'kutip' kete ke 3
kete salocha
pertama kali mak aku tgk..
wah shantek salocha
ape agi..aku pon cerita la salocha ni siape
Parent die pakistan
duduk kat Thailand
sedara mara banyak kat siam ngan org kelantan..
so dier pandai berbahasa thailand, bahasa kelantan, english and plus..indonesia pon same k
dasat minah ni..body dier pon shantek k
senang cite..full package dier ader

kol 3.30 pagi terus p penang
berhenti kat tapah - buang air kecil
berhenti kat Sungai Perak tuk solat subuh
sepanjang perjalanan..x renti2 aku minum air nescafe
3 tin
sampai kat permatang pauh..kami breakfast
aku order kopi O panas..
gile tol...abis la mata aku
mereka yg len pekene nasi lemak ataw roti canai..
terbaek kate nye..
aku mkn mihun jer..tp mmg sedap haha

seterus nye kami menaiki Feri..
fuh best..
dr seberang prai ke Pulau
nek feri amik mase 1
5 minit
1st nek feri yg bawak kete2 skali
mati kan enjin..pastu p bergambar kat depan ..
tu la keje aku
bergambar 24 jam..haha













turun feri..
kami singgah di satu jalan..
aku lupe name dier
kat situ kami jalan2 beli jeruk, baju Penang
n bergambar~~yeah..haha

pastu rombongan zakuan pula nyusul (3 org jer)
so skang kesemua kami ade 13 org sume nye
dorg saje dtg lambat..nek swift..laju je dorg drift
pastu kami ke bukit bendera
pergh...nak naik bukit tu..gile curam...
rase berat jer bontot kete aku nak naik
separuh jalan.. ade papan penyata
"CLOSED"
der...bukit bendera tutup da...
u-turn la jawab nye..
so kami bergambar kat tokong kat bawah tu jer..
aku x masuk la dlm tu..
mak aku x kasi..
geng zakuan men redah je masuk dlm

pastu kami ptah balik kat jalan td..pekene nasi kandar " Line Clear"
ade org kate sedap..ade org kate x sedap
aku?? bagi aku biase2 jer..haha..dorg habap nasi kandaq beratuq agi sedap
tp nak beli Line Clear ni pon kene beratuq juga..haha

tepat kol 2
kami Check In kat Sri Sayang kat Batu Feringgi
view dr tingkat 17 sgt shantek
kelihatan org bermain payung terjun di tepi pantai..
best sgt

sume org tido..kecuali aku
sebab?? pergh...aku pekene 3 tin nescafe and secawan kopi kot..
cam ape jer..ape aku wat?? aku mandi..bersiap tuk petang nye event

kol 6 ptg..kami p padang kota..
tuk dinner..
aku order pasemburkk..pergh..terbaeekkk k..
sgt terbaekk..sedap..licin..
pinggan besar plak tu aku amik..
kene RM19..x pe..berbaloi
yg len amik order laksa penang..sedap gak
ade yg order kerang bakar, kerang rebus..mcm2 la
sepanjang makan..ader org menyanyi
terkejut aku..mn x nye..tengah maghrib2 bute
ko melalak ngan gitar
aku wat dono jer la..
nak kate sedap suara..x jugak..
tp x pe la
inisiatif dier nak cari duit

lepas pekene pasemburk
kami bergambar la lagi..
yg best nye..bulan malam tu sgt shantek
ape agi..BERGAMBAR la koje nye..hu3


tempat seterus nye
Feringgi Walk..
eh..ader ke Feringgi Walk?? haha..aku reka jer name tu..keh keh keh
kat situ leh tgk barang2 sourvenier
masalah nye..x de yg aku
berkenan nak d jadikan sourvenir..
maka..aku x beli..
aku beli 5 key chain je
tuk noi, maya, ak
u ngan mel
kawan2 baik aku jer dpt..
haha
lagi satu x taw nak bg siape..
aku beli beg
mak aku beli gelang..tu jer kami beli


pastu balik hotel
misi pekene nasi kandar beratuq terkubur
sbb dah lewat sgt
tepat pukul 12 - tdo..nasib bek dpt tido

sok pepagi
kami menuju ke Feringgi Beach..
ape agi...MANDI pantai laaaa
hahaha..tp aku x mandi..seksa k..
aku just main pasir n bergambar di kawasan sekitar

















lepas mandi..
kami p taman botanical
tengok munge2..ngan monyet3
monyet2 nye sgt garang..hampir2 kene kejar
cam harammm..hah

time tu sibuk dah bercalling2 ngan kak Mas
member baik aku yg duduk kat butterworth
lame gile x jumpe
kami decide nak jumpe kat Pulau Jerjak
alih2 x jadi..sian Kak Mas..
sbb dier dah ade kat sana
kiteorg p Bukit Juru p lunch
pekene Mee Ketam
SGT SEDAP!
TERBAEKK dr ladang dan lautan


serius..aku x penah rase makanan sesedap tu
hahaha
siap tapau bawak balik k

kol 4 ptg..kami balik
pergh jammed..x hengat..
hancus solat zohor, asar n maghrib burn di jalanan k
smpi uma kol 10 mlm..gile betul

esok nye aku cuti sehari..smpi tengahri aku x bangun2 dr katil..
badan sgt sakit..tp Pengalaman yg x ternilai harga
nya..hu3